Photobucket - Video and Image Hosting

NamE: FiLZ
D.O.B: 19 JamadilAkhir 1408
cURreNtly aT: uTp (eE) fINal yEar FirST sEm, mEsiA..
wanna know more about MiyUKibiNafshA? click here.

Photobucket - Video and Image Hosting



Belahan Jiwa

Belahan jiwa
Engkau mentari pelita hati ini
Tersenyumlah bahagiakanku
Dengan tulusmu dengan cintamu

Belahan jiwa ingatkanlahku
Jika terlupa dalam menuju
Tersenyumlah bahagiakanku
Dengan beningmu dengan kasihmu

Engkau kurindu sepanjang waktu
Teguhlah memandu aku
Kudoakan engkau selalu
Di kala malam tengah menjelang

Menjadilah setegar karang
Sesejuk pagi seindah rembulan
Sejernih hati sebening embun
Sepeka nurani seperkasa mentari pagi

Tuhan teduhilah belahan jiwaku
Berikan cahya-Mu dekap teguh dijalan-Mu
Tuhan teduhilah kami di jalan-Mu
Berikan cahya-Mu dekap teguh dijalan-Mu

Munsyeed:Seismic


[51] – Belahan Jiwa
Kain pelekat di atas peti,
Pelekat orang negeri Malbari;
Sudah terikat di dalam hati,
Terikut-ikut termimpi-mimpi.

Petikan pantun dari
Novel:Nyanyian Tanjung Sepi
Penulis:Noor Suraya







   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, July 07, 2011
Just so you know...

... this blog will no longer be active. It'll be here just for the sake of memories. Let it be here. And I shall cherish what I have gone thru since the beginning of the blog. Rasanya memang ramai sahaja yang tahu blog ini sudah lama berkubur. HAHA. IDC. Just wanna make it official. I will miss you dearly :) .Pen down. 1230 07072011

Posted at 01:28 pm by MiyUKibiNafshA
dare to kacau?  

Thursday, May 06, 2010
Aliya #5

Reminder: Ada nama ditukar. Dahlia jadi Fatin Umayra. Fikriyah kekal. Sebab tiba-tiba nama watak itu sama dengan watak2 dalam novel kak su pula. -__-!
pape pun, enjoy reading.

“Aliya!” Seru Umayra dari luar. Aliya menjengah.

“Kenapa?”

“Ada orang lelaki beri salam dekat luar. Tolong tengok. Kau dah siap. Aku tak pakai tudung lagi ni.”

Aliya memandang pintu. Masih lagi kedengaran suara orang memberi salam. Aliya bergerak pantas ke pintu.

“Sekejap!” Tangan Aliya cekatan membuka selak pintu. “Wa’alaykumsalam.” Pintu dibuka.

Opocot! Dia. Apa dia nak ni? “Cari siapa?” Kenapa dia ada depan rumah ini? Aliya cuba sehabis baik untuk mengawal rasa terkejut yang hadir.

“Aliya, Umayra dan Fikriyah?” Dia menyebut satu persatu nama ahli rumah. Aliya mengerut dahi. Dia kerja dengan pegawai banci ke?

“Ya. Kenapa?”

“Saya Mu’az.” Si dia memperkenalkan diri.

“Okay…” Aliya menanti penerangan seterusnya. “Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Sibukkah?”

“Tak adalah. Tapi kami nak ke pekan ni,” terang Aliya.

“Oh.” Mu’az mengurut dagu. Macam mana ya? “Umi panggil datang rumah.”

“Bila?”

“Sekarang?”

“Oh! Ada apa-apa ke? Kenapa Mak Ton tak telefon je. Susah-susah je Mu’az datang.”

“Memang sebab saya nak keluar. Jadi umi suruh singgah.” Mu’az memasukkan tangan ke dalam poket seluar. “Tak tahulah. Umi ajak makan kot.”

“Oh. Okay.” Aliya mengangguk. “Terima kasih ya.”

“Sama-sama.”

Pintu ditutup.

Umayra datang menghampiri. “Siapa tu?” Sudah siap bertudung dan beg di tangan.

“Mu’az.” Jawab Aliya sepatah.

“Mu’az as in Mu’az Bin Ishak Baharom?” Umayra membuntangkan mata. Tidak percaya.

“Tutup mulut!”

“Opss..!” Umayra tutup mulut dengan dua tangannya. “Kenapa dia datang?”

Plan’s changed.” Aliya mengambil beg di atas meja dan gugus kunci yang tergantung di tepi pintu. “Let’s go!

Umayra terpinga. “But where?

* * *

Fik, pergi lewat sikit. Jumpa dekat rumah Pak Ishak!

Aliya menghantar sms kepada Fikriyah sebelum bergerak.

“Umayra.. ambilkan puding roti dekat dalam peti sejuk tu tolong.” Pinta Aliya kepada Umayra.

Umayra yang baru hendak masuk ke dalam kereta terdiam sejenak. “Puding? Kat mana?”

“Kat dalam peti belah bawah. Aku letak dalam Tupperware warna hijau. Lupa pula nak ambil tadi.” Terang Aliya sambil menghidupkan enjin kereta.

Umayra terburu-buru berlari semula ke rumah sambil mulutnya membebel entah apa-apa.

5 minit kemudian, Umayra kembali dengan satu beg kertas di tangan. Pintu kereta dibuka. Belum sempat Umayra masuk ke dalam, mulutnya pantas bertanya, “Nak buat apa puding roti ni?”

“Buah tangan.”

“Untuk?”

“Mak Ton.”

Erk. Bila masa makcik ni sempat buat puding roti?

“Boleh terangkan tak kenapa plan kita dah berubah? Dan kenapa Mu’az datang rumah tadi?” Umayra bertanya gaya FBI menyoal tahanan. Tidak berpuas hati.

Aliya menekan klac. Gear diubah kepada satu. Minyak ditekan sementara klac perlahan-lahan dilepaskan. “Mak Ton suruh datang rumah.” Aliya memandang kiri dan kanan sebelum keluar dari perkarangan rumah. “Itu adalah pesan yang disampaikan oleh Encik Mu’az kepada aku tadi wahai Cik Fatin Umayra Abdul Wahid.” Sambung Aliya lagi.

“Alamak! Kita nak pergi rumah Mak Ton la ni?” Suara Umayra sudah naik seoktaf.

Aliya mengangguk. Kereta meluncur lancar di atas jalan kampung.

“Kenapa tak bagitahu?! Takkan aku nak pakai seluar jeans dengan baju yang tak semegah ni? Alaa..” Rengek Umayra.

Aliya kerut dahi. Memandang Umayra sesaat sebelum berkata, “Kenapa pula tiba-tiba kau jadi fashion police ni?”

“Segan la aku! Kot-kot si Mu’az tu ada. Jatuh saham aku!”

Aliya sudah ketawa besar. Apa sahajalah yang dirisaukan anak Pakcik Wahid ni.

Dear, kau jangan risaulah. Aku pun pakai jeans juga. Aku rasa Mak Ton tu memang berkenan dengan kau untuk dijodohkan dengan Mu’az la!” Aliya cuba beri jaminan. Aliya tidak tahu pun sebenarnya Mak Ton lebih senang dengan Aliya berbanding yang lain.

“Memang la kau pakai jeans. Tapi kau decent!” Umayra sudah memuncungkan mulut. Macam boleh sangkut payung saja dekat mulut tu! Kata Aliya dalam hati. Tidak mahulah Aliya cakap depan-depan. Nanti merajuk sungguh Umayra.

“Apa moral of the story di sini wahai Cik Umayra?” Aliya malas mahu melayan perangai pelik Umayra. Tu lah, suka lagi pakai baju pelik-pelik. Kan dah kena. Ni nak pergi pekan pun, takkanlah Umayra hendak pakai baju yang ketat-ketat macam sarung nangka?

Pakaian Umayra tu adakalanya memang sangat pelik. Sangat up-to-date. Terlalu up-to-date sampai Aliya sendiri ngeri melihat pakaian Umayra. Memang Umayra menutup aurat. Cuma bagi Aliya, belum sempurna.

Kalau pakai tudung, dan berbaju lengan panjang tetapi baju itu ketat dan berseluar yang hugging macam zaman rock kapak tu sudah sah-sah bagi Aliya tidak menutup aurat. Apa yang Aliya faham selama ini, definisi menutup aurat itu mestilah dengan pakaian yang longgar (tidak ketat-ketat macam Umayra tu) dan tidak jarang. Tapi itulah yang selalu dipakai oleh anak muda zaman sekarang. Tengok sahaja baju kurung. Baju kurung itu sudah cantik sebagaimana namanya. Namun atas nama fesyen, baju kurung pun direka dengan menggunakan kain yang jarang. Nampak sangat warna kulit lengan dari pergelangan tangan sampai ke pangkal lengan. Aliya anti sungguh dengan baju kurung begitu!

“Kena pakai decent di mana sahaja anda berada kerana anda tidak tahu bila anda akan berjumpa dengan bakal mak mertua anda.” Monoton sahaja Umayra menjawab. Seolah-olah sifat ceria Umayra sudah diragut dek angin taufan.

Aliya sekadar tersenyum simpul. Mahu tergelak juga ada dengan penyataan ‘bakal mak mertua’ itu. Umayra ini macam sudah kemaruk sahaja mahu berlakikan Si Mu’az tu!

“Ok. Dah sampai.” Aliya membelokkan Kelisa hitam-kuning itu ke kiri dan parkir di bawah pohon kuini yang agam itu.

Mereka berdua memandang rumah comel milik Pak Ishak. Rumah kayu bertangga batu itu cantik sangat dengan ukiran awan larat pada bumbung rumah. Seperti rumah-rumah tradisional melayu.

Melihat kehadiran kereta Kelisa yang memang sudah dikenali itu, Pak Ishak yang sedang menyapu halaman memberhentikan kerja. Tersenyum memandang Aliya dan Umayra yang sudah dianggap sebagai anak sendiri. Mereka adalah anak-anak gadis yang sangat ringan tulang. Aliya terutamanya. Sejak akhir-akhir ini, dia sering melihat Aliya ke surau untuk solat subuh berjemaah.

“Aliya, Umayra!” Panggil Pak Ishak.

Mereka turun dari kereta. Lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis untuk Pak Ishak. Aliya pandang Umayra. Amboi! Senyum macam dah terlebih gula. Mentang-mentang itu ayah si Mu’az.

Mereka berjalan mendekati Pak Ishak. “Assalamu’alaykm Pak Ishak!” Extra ceria Umayra menyampaikan salam. Walhal tadi dalam kereta macam mayat hidup sahaja lagaknya. Aliya sekadar senyum.

“Wa’alaykumsalam.”

“Wah! Rajin Pak Ishak menyapu.” Kata Aliya berbasa-basi. Jam 11.30 pagi dan Pak Ishak masih menyapu? Cuaca pun tidaklah seterik di Bandar kalau mahu dibandingkan. Jadi tidak mustahillah Pak Ishak masih rajin menyapu pada waktu macam ni pun!

“Mana ada rajinnya. Sapu sikit-sikit je. Buat exercise!” Ketawa. Pak Ishak menjemput mereka masuk. “Kenapa berkereta bagai ni? Kan dekat je boleh jalan kaki!”

“Hehe. Kami nak ke pekan lepas ni Pak Ishak. Kebetulan masa nak keluar tadi Mu’az datang rumah. Katanya Mak Ton suruh datang sini. Itulah yang kami tiba ni.” Jelas Aliya satu per satu.

“Ada apalah Mak Ton kamu tu. Ha. Kamu pergilah ke dapur tengok Mak Ton kamu buat apa!” Saran Pak Ishak.

“Kami ke dapur dulu ya Pak Ishak!” Umayra meminta izin. Pak Ishak mengangguk cuma.

Umayra dan Aliya berjalan beriringan ke dapur. Lantai kayu berbunyi dipijak mereka menyebabkan Mak Ton memandang.

“Ha. Dah sampai pun!” Mak Ton mengelap tangan pada kain sebelum menghulurkan tangan untuk disalami.

Umayra yang awal sekali menyambut. Dipeluk dan dicium Mak Ton. Aliya melakukan perkara yang sama.

“Kenapa Mak Ton panggil kami? Siap hantar perutusan diraja lagi!” Usik Aliya merujuk kepada Mu’az.

“Mana Fikriyah?” Tanya Mak Ton tanpa menjawab soalan Aliya.

“Fikriyah pergi sekolah. Ada kerja. Sekejap lagi dia balik la tu.”

Mereka melabuhkan duduk dekat meja makan.

“Nanti suruh dia datang sini terus.” Mak Ton memberi arahan. Aliya sekadar mengangguk.

“Oh ya Mak Ton. Ni ada buah tangan.” Umayra menghulurkan beg kertas yang dipegang sedari tadi.

Mak Ton menyambut. “La. Apa ni? Orang suruh datang makan dia bawa makanan pula.”

Aliya dan Umayra berpandangan dan ketawa kecil.

“La. Mak Ton ajak makan ke? Hehe. Langkah kanan la kami ni.”

“Ha. Iya la. Habis tu tak kan Mak Ton panggil kamu datang untuk rewang pula!”

Mak Ton bangun. Umayra membuntuti. Aliya ditinggalkan dalam keadaan kebingungan. “Err… Mak Ton, makan-makan sempena apa ni?”

Mak Ton memindahkan lauk-pauk ke dalam pinggan hidang. Umayra membantu. Aliya masih membatu.

“Tak ada apa-apa. Saja buat makan anak-beranak.”

Anak-beranak? Alamak! Kenapa panggil kami pula?

“Kamukan dah macam anak Mak Ton. Tak boleh ke Mak Ton panggil sekali?” Mak Ton menjawab seolah-olah tahu apa yang bergelintar di fikiran Aliya. “Lagipun…” Mak Ton meletakkan pinggan berisi daging salai masak lemak cili api di hadapan Aliya sebelum menyambung, “Kan dah lama kamu tak makan-makan di sini.”

Aliya tidak menafikan. Sejak akhir-akhir ini banyak pula hal sekolah. Dengan hari sukan, kempen itu kempen ini lagi. Aliya sendiri tidak menang tangan.

“Assalamu’alaykum!” Suara gemersik memberi salam. Aliya tersentak. Itu suara Fikriyah. Aliya menoleh.

“Ha. Dah sampai pun!” Kata Mak Ton bersemangat. Dengan kehadiran 3 anak gadis itu seolah-olah melengkapkan harinya. Iyalah, Mak Ton tiada anak perempuan. Anaknya cuma Muhd Hasif Mu’az itu sahaja. Anak bujang yang entah bila mahu memberikannya seorang anak perempuan – sebagai menantu!

“Wah.. sedapnya bau!” Fikriyah bersuara ceria.

“Yah panggil Pak Ishak kamu tu. Ajak makan.” Mak Ton menyuruh. Fikriyah angguk sebelum berlalu ke ruang tamu.

“Aliya!” Tangannya ditepuk perlahan. “Jangan melamunlah.” Tegur Umayra perlahan supaya tidak didengari Mak Ton.

Apa masalah aku ni? Monolog hati Aliya. Sebab tidak selesa akan makan bersama-sama Mu’az? Sebab wajah Mu’az seperti…

Aliya tersentak. Mengangguk lambat-lambat.

Aliya bingkas bangun dan membantu menyusun pinggan dan cawan di meja.

“Wah! Sedapnya bau. Rumah pun penuh hari ini.” Ujar Pak Ishak seraya menarik kerusi dan duduk.

“Ha Umayra, Aliya, Yah. Duduklah. Kenapa tercegat lagi tu?” Mak Ton bersuara. Mereka bertiga bagai anak-anak kecil yang patuh, mengikut sahaja arahan Mak Ton.

Mak Ton menyendukkan nasi ke pinggan Pak Ishak. Aliya memerhati. Romantisnya Mak Ton dan Pak Ishak. Sudah tua-tua begini pun Mak Ton masih melayan Pak Ishak bagai raja-raja. Mak Ton menghulur air basuhan tangan untuk Pak Ishak pula.

“Segannya datang tinggal makan saja. Mak Ton ni bukan nak suruh kami datang awal untuk tolong masak ke…” Kata Fikriyah sambil tangan menyenduk nasi.

Oh, malu-malu pun laju je Si Fikriyah ni makan. Orang lain tak senduk nasi lagi dia dah senduk dulu. Kata Umayra dalam hati.

“Alah. Tak payah nak segan-segan dengan kami. Kamu bukan tak biasa,” ujaran Mak Ton melegakan hati mereka. Iyalah, kalau Ibu tahu yang Aliya ini datang rumah orang lepas tu tinggal makan sahaja tidak membantu apa-apa, mesti Ibu bising. Tak apa. Nanti Aliya akan tolong basuh pinggan! Janji Aliya dalam hati.

“Mak Ton, mana Mu’az? Dia tak makan sama?” Umayra bersuara memecah sepi.

Mak Ton memandang jam di dinding sebelum menjawab. “Sekejap lagi dia baliklah tu.”

“Mak Ton kamu ni nak perkenalkan Mu’az dekat kamu. Kan sejak Mu’az pulang, kamu tak pernah jumpa lagi dengan dia kan?” Kata Pak Ishak membocorkan ‘rahsia’ makan-makan tengah hari itu.

+ Oh, inilah rupanya objektif makan-makan anak-beranak ni?

- Aliya, kenapa kamu berperangai pelik hari ini? Bukannya Mak Ton tak pernah buat makan-makan macam ni. Waktu anak saudara Mak Ton yang datang berziarah beberapa bulan lepas, Mak Ton pun ajak semua 3 dara pingitan ni kan? Maka, mana datangnya perangai pelik ni?

+ Aliya, relaks. Tarik nafas dalam dalam. Hembus. Tarik. Hembus.


Posted at 05:36 pm by MiyUKibiNafshA
dare to kacau?  

Saturday, April 10, 2010
Doa

Aku suka benar ini. Demi Allah, aku suka.

Doa 2
oleh: Faisal Tehrani

Terima kasih Tuhan
izinkan aku bercinta lagi
biar begini jadi berahi
sampai mati
sampai tak ada lagi

Tehran
2006

Posted at 08:37 pm by MiyUKibiNafshA
ada 2 pengacau  

Thursday, April 08, 2010
asthma vs chronic bronchitis

I was having some trouble breathing last week. Usually, one would assume that's the symptom of asthma. Apart from continuous (non-mucus) coughing and tightness of chest, I also wheezed. It's nothing but the obvious.

Since my cough medicine has already finished and the Flixotide Evohaler gave no soothing to my breathing at all, I decided to go to the clinic. Just so that I can get my fair share of nebulizer to soothe me.

Oh, before I forget - I was just being recently diagnosed with mild asthma. Not serious. It runs in the family. I had it when I was 4 or 5. But it stopped. But apparently it comes back.

So, back to the clinic. I had bad experiences dealing with this clinic - in particularly this Doctor A. Well, physically if you meet this Dr A, without his coat you wouldn't even think that he's a doctor. He looks like some drunk guy on the alley. *mean*

Nevertheless, I went there because it's free. I hate paying for medicine. Haha!

And so, cut to the chase - Dr. A said that I don't have asthma and the wheezing was just a simple (in a non serious way) sound. He even questioned the creadibility of the doctor who diagnosed me with asthma. Crap!

Since I don't have asthma, Dr. A then diagnosed me with Chronic Bronchitis. Well, I have no idea what is that.

When it comes to the prescription, Dr. A asked me. "So what do you want?"

That was the stupidest question asked by a DOCTOR! I was like -- what??

I tried to maintain my tone. "You're the doctor. YOU tell me." Sarcastically. Of course I was being sarcastic. If I know what I want (the name of the medicine etc), I wouldn't have come see him in the first place.

Since he slashed out that I am asthmatic (I don't know if that word existed. Haha), I have no reason to take the nebulizer anymore. T__T

So he presribed me with a cough medicine that I will NOT going to eat it. I just take it because I am MAD at the doctor. I just want to waste his medicine in the cabinet. Silly me. Haha.

Mom wants to take me to the specialist next week. Perhaps getting clear view to what's happening in my lungs?

My question will be: What is the difference between asthma and chronic bronchitis?

Tell me. I'm tired of googling.




Posted at 04:24 pm by MiyUKibiNafshA
dare to kacau?  

Wednesday, April 07, 2010
Aliya #4

“Assalamu’alaykum…”

Aliya menjenguk-jenguk ke dalam rumah. Mana Tok Mah ni..? Tingkap terbuka. Orang tak ada pula.

“Liya, cuba kau tengok dekat belakang. Entah-entah Tok Mah tengah mengemas belakang kot.” Fikriyah mengujarkan.

Aliya sekadar mengangguk. Seekor kucing gemuk berjalan lenggang mengabaikan Aliya dan Fikriyah yang sedang menanti Tok Mah. Aliya tersenyum. Teringat Momo di rumah. Apa khabar Momo ya. Aliya rindu dengan Momo.

“Tok Mah…” Seru Aliya.

Aliya berjalan perlahan menghampiri reban ayam. “Tok Mah…” Seru Aliya lagi.

Pap!

Aliya tersentak. “Tok Mah! Terkejut Aliya. Tok Mah tengah buat apa? Aliya dengan Fikriyah panggil tadi Tok Mah tak nyahut pun.”

Terus tangan kedut Tok Mah disalami. Pipi kendur Tok Mah diciumi. Badan tua Tok Mah dipeluk.

Tok Mah berdehem kecil sebelum menjawab, “Tok ada dekat bangsal belakang cari penyapu ni.” Penyapu bergigi banyak buat menyapu daun-daun kering diunjukkan.

“Dah lama Aliya tunggu Tok?”

“Tak adalah lama sangat Tok. Tapi Aliya rasa Fikriyah tu yang dah berjanggut tunggu kita.”

Tok Mah tergelak mendengar bicara Aliya. Mereka berjalan iseng-iseng menuju pintu belakang.

“Kejap ya Tok Mah. Aliya nak panggil Fikriyah.”

Tok Mah sekadar mengangguk dan melangkah masuk ke dalam. Penyapu yang dipegang disandarkan di dinding luar.

Aliya melaungkan nama Fikriyah. Kedengaran derap tapak kasut Fikriyah berjalan menghampiri.

“Kau buat apa kat depan?”

“Tunggu kaulah!”

“Haha. Kesian kau. Jom masuk. Tok Mah dah ada kat dalam.”

“Tok Mah..” Panggil Aliya. “Tok Mah tengah buat apa tu?”

“Tok Mah.. tengoklah kitorang bawa apa ni.” Fikriyah mengangkat bakul berisi bekas-bekas makanan.

Tok Mah memandang mereka. Cawan bersusun di dalam dulang diangkat. “Apalah yang Yah susah-susah ni. Tok dah makan dah tadi.”

“Mana ada Yah yang susah Tok. Aliya ni ha yang raaajin. Ni semua Aliya yang masak.” Teliti Fikriyah mengeluarkan bekas makanan dari dalam bakul.

Aliya beralih ke rak pinggan mangkuk dan mengambil beberapa keping pinggan. “Aliya teringat dekat Tok. Kan semalam Kak Ija balik. Mesti Tok sorang-sorang dekat rumah. Ni yang Aliya bawakan makanan nak makan sama dengan Tok.”

Tok Mah menyeringai. Punggung dilabuhkan di kerusi. Tangan Tok Mah baru hendak menuangkan air ke dalam cawan sebelum Aliya bersuara. “Tok, biar Aliya buat. Hari ni Tok jadi mem besar. Kami jadi dayang-dayang Tok.” Aliya tersenyum.

Tok ketawa menampakkan gigi-gigi palsu yang berbaris cantik. “Mem besar apanya Aliya. Tok dah biasa dok sorang-sorang dekat sini.”

“Ala Tok. Kami nak bermanja dengan Tok ni. Apa salahnya.” Ujar Fikriyah sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Cuba bermanja-manja dengan Tok Mah.

Fikriyah yang baru 4 bulan datang ke Kampung Sungai Permata ini senang sungguh bermesra dengan orang-orang kampung. Kata Fikriyah, aku tak ada tok dan nenek untuk bermanja. Dapat berbakti dengan mereka pun aku dah bersyukur.

Fikriyah tidak pernah berjumpa dengan tok dan neneknya. Mereka pergi sebelum Fikriyah lahir lagi. Lama sebelum Fikriyah lahir. Agaknya dengan cara ini Fikriyah dapat merasai kehangatan kasih sayang atuk dan nenek.

“Tok, jemputlah makan. Tak tahu Tok suka ke tak Aliya masak ni. Tak cukup rasa pun.” Kata Aliya merendah diri.

Tok Mah menarik senyum segaris. Ikan cencaru masak sambal diambil dan diletakkan ke dalam pinggan.

“Mana pula tak sedap. Kan Aliya ni tukang masak diraja dekat rumah tu,” usik Fikriyah.

Dengan lafaz bismillah, sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut. Tok Mah mengunyah perlahan.

Aliya memerhati perlakuan Tok Mah. Fikirannya menerawang ke kampung sendiri. Apa khabar embah agaknya. Kelmarin Aliya telefon ke kampung, embah sihat-sihat sahaja. Hatinya lara mengenangkan embah keseorangan. Andai Aliya boleh menjaga embah, memang itulah yang akan Aliya lakukan. Embah pula tidak betah mahu tinggal di Kuala Lumpur lama-lama. Ibu dan Abah juga ada tuntutan kerjaya. Manakan bisa meninggalkan Kuala Lumpur.

“Sedaplah Aliya masak ni!” Tok Mah bersuara tiba-tiba.

Fikriyah memandang. Aliya tersenyum. Hati mereka berbunga riang.

*

Aliya suka mengajar. Aliya suka jadi pendidik. Bagi Aliya, menjadi guru adalah tugas mulia. Aliya sendiri hafaz puisi Guru oh Guru karya Usman Awang yang terkenal itu.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

 

Jadi walaupun keputusan SPM Aliya memenuhi syarat untuk Aliya hatta membuat kursus kedoktoran, Aliya memilih untuk meneruskan pengajian dalam kursus pendidikan – major dalam pengajian bahasa melayu.

Abah bising juga semasa Aliya membuat keputusan begitu. Abah menyuruh Aliya mengambil kursus kedoktoran. Atau paling tidak pun, Aliya boleh ambil Business Management untuk mengambil alih syarikat Abah nanti. Tetapi Ibu yang memahami bijak merasionalkan keputusan Aliya. Abah akhirnya akur dengan pilihan Aliya.

Kelmarin, apabila keputusan posting keluar dan Aliya mendapat tahu Aliya akan dihantar ke kampung ini, Aliya jadi tidak senang duduk. Muka Aliya cemberut sahaja. Puas dipujuk Abah supaya menggunakan pengaruhnya untuk menukarkan Aliya ke Bandar. Tapi akhirnya Abah kata: “Aliya yang dulu nak sangat jadi cikgu kan? Dah dapat tempat pun nak merungut. Jadi selama ni semangat Aliya untuk mengajar tu hanya untuk sesetengah murid? Aliya tak nak ajar pelajar-pelajar yang di dalam kampung?”

Aliya terus diam membisu. Aliya jadi malu sendiri.

“Aliya, jom pergi pekan!”

Lamunan Aliya mati andar. Puisi Guru Oh Guru berterbangan pergi. Wajah Abah hilang dari bayangan.

Aliya memandang Dahlia. “Pergi pekan? Ada apa?”

“Aku nak jalan-jalan. Lepas tu aku nak cari barang untuk anak murid aku. Kita ni kan Aliya, jadi cikgu kena kreatif tau. Baru budak-budak suka dan beri perhatian pada pelajaran,” Dahlia mewajarkan.

Aliya meletakkan pen. Buku rancangan mengajar ditutup. Tidak banyak pun yang tertulis. Kan dari tadi Aliya asyik mengelamun saja!

“Terima kasih Cik Dahlia atas nasihat yang berguna itu.”

Dahlia mencemikkan muka. “Aku cakap betullah!”

“Aku tak cakap tak betul pun.” Ajuk Aliya. Aliya bangun dari duduk. Melabuhkan diri di sebelah Dahlia yang asyik membelek siaran televisyen.

Aliya menepuk peha Dahlia perlahan. “Nak pergi pukul berapa?”

“Pukul berapa kau free?”

“Sekarang?” Ajakan Dahlia seolah datang tepat pada masanya. Aliya juga perlukan masa untuk unwind kepala yang tengah sarat dengan pelbagai benda.

Laju Dahlia bangkit. “OK! Aku nak pergi mandi dan bersiap. 30 minit.” Teruja.

Aliya sekadar senyum sebelum bangun dari sofa menuju ke kamar untuk bersiap.

“Eh Aliya, pinjam tudung ungu kau.” Jengah Dahlia tiba-tiba dari sebalik pintu.

“Nak yang mana?” Aliya membuka pintu almari.

Dahlia menguak pintu lebih lebar dan melangkah masuk. “Yang ada corak abstrak. Purple pink tu.”

Aliya menghilangkan diri di sebalik pintu almari. “Nah.” Aliya menghulurkan. “Eh, Fikriyah mana ek? Dia tak nak ikut ke?”

“Dia pergi sekolah. Katanya nak settle kan pasal Hari Sukan,” jelas Dahlia.

“Lama ke dia kat sekolah?”

Dahlia angkat bahu.

“Kau ni. Cuba kau call dia tanya dia nak ikut ke tak?”

“Kaulah yang call dia. Aku takde credit la.”

“Gedik!” Aliya mencapai iPhone di atas meja. Nombor Fikriyah didail.

“Aku nak pergi iron tudung jap.” Dengan itu, Dahlia melangkah keluar.

Aliya masih menanti talian disambungkan.

“Assalamu’alaykum.”


Posted at 01:32 pm by MiyUKibiNafshA
ada 2 pengacau  

Tuesday, April 06, 2010
Aliya #3

Aliya ke kedai runcit Pak Seman hari itu. Entah bagaimana, matanya terpandang seseorang. Sekilas pandangan rasa kenal sangat seraut wajah itu. Tapi di mana?

Mindanya ligat berfikir. Tanpa sedar, badannya terlanggar seseorang. Terdengar barang jatuh.

“Oh maaf. Sengaja. Eh.. silap. Tak sengaja.” Kata Aliya. Apalah mulut ni. Boleh pula buat lawak waktu-waktu begini. Itulah, selalu sangat usik Dahlia dan Fikriyah. Sampai dah kena betul-betul baru tahu.

Wajah di hadapannya dipandang. Mulutnya ditekup. Tak percaya!

“Tidak mengapa. Eh, kenapa awak tutup mulut? Nampak hantu ke? Terkejut semacam saja.” Kata si dia.

Aliya menggeleng cepat-cepat.

Si dia tersenyum. “Jangan suka geleng-geleng kepala. Nanti patah pula tulang paksi tu.”

Aliya mengangguk pula.

“Kalau suka mengangguk, nanti jadi burung belatuk!” Usik si dia.

Muka Aliya terasa panas. Aduhai, janganlah usik aku pula. “Baiklah. Minta maaf ya.” Perlahan bicara Aliya.

“Ada pun suara. Ingatkan ada emas dalam mulut tu.” Gurau si dia pula.

Aliya sudah tidak senang berlama-lama dengan si dia yang tidak dikenali itu. “Saya pergi dulu. Minta maaf buat kali ketiga ya!” kata Aliya sebelum berlalu pergi. Aliya tak toleh langsung pada si dia di belakang. Malu sungguh. Segan pun ada.

“Pak Seman, siapa tadi tu?” Tanya Mu’az yang berada di kaunter. Barang-barang runcit dari bakul dikeluarkan untuk dikira harganya.

“Oh. Itu Aliya. Guru baru di sekolah rendah tu. Baru enam bulan bertugas di sana.” Jelas Pak Seman. Mu’az mengangguk.

“Kenapa? Berkenan ke?” Usik Pak Seman.

“Ish Pak Seman ni. Taklah.” Menafikan. “Berapa semuanya Pak Seman?”

“RM34.60.”

Mu’az menghulur not lima puluh. “Terima kasih ya Pak Seman. Kirim salam pada Mak Limah. Assalamu’alaykum.” Mu’az berlalu selepas wang baki dihulurkan. Dalam fikirannya, ligat membuat facial recognition ke atas wajah Aliya. Kenapa macam kenal? Kawan seuniversiti? Slash. Kawan kepada kawan seuniversiti? Istilah friendster: Second-degree friend. Slash lagi.

*

“Fikriyah, kau nak ikut aku?” Tanya Aliya sambil tangannya cekatan memasukkan nasi ke dalam bekas. Matanya memandang Fikriyah yang masih diam.

“Fik!”

“Ha? Apa dia?” Tanya Fikriyah kekalapan.

“Kau ni mamai ke apa? Aku tanya, kau nak ikut aku tak?”

Nangka masak lemak yang wangi baunya tiba-tiba menyegarkan mata Fikriyah. “Wah! Sedapnya bau. Kau masak apa ni?”

“Ish makcik ni. Orang tanya lain dia jawab lain. Aku masak nangka masak lemak, ikan jaket masak sambal dengan telur asin je la.” Aliya menerangkan.

“Ada occasion apa?”

“Aku nak pergi rumah Tok Mah. Kau nak ikut tak?”

“Ada apa kat rumah Tok Mah?” Fikriyah kebingungan.

Aliya mengelap meja makan untuk menyudahkan kerjanya. Bungkusan makanan diletakkan di tepi.

“Tak ada apa-apa. Semalam aku lalu depan rumah Tok Mah. Aku nampak Kak Ija and her family tengah bersiap-siap nak balik KL. Aku fikir mestilah Tok Mah sorang-sorang je kat rumah tu. Aku nak temankan dia la ni.”

“Ait. Kan hari ni hari Ahad. Kenapa cepat sangat Kak Ija balik?” Fikriyah mengangkat tudung saji di atas meja itu. Mengambil bau kesedapan masakan Aliya yang terhidang. Aliya memang jaguh memasak di dalam rumah ini. Walaupun masakan Aliya tak tertanding dengan masakan Cik Nan di hujung kampung, masakan Aliya ada kelas tersendiri juga.

“Aku tak tahulah dear.” Aliya menoleh ke arah Fikriyah. Kaki sudah mahu melangkah ke dalam bilik – bersiap. “Kau nak ikut tak?”

“Aa..nak!” Jerit Fikriyah.

“Jom.”


I got some ideas for this cerita. But I'm not sure how to do the plot. just bear with me okehh~ :D


Posted at 02:17 pm by MiyUKibiNafshA
dare to kacau?  

Monday, April 05, 2010
*~ iklan ~*

After exited the ferry door, I walked towards the gate. Trying to chase after a friend who walked ahead of me, very fast.

I was walking alone when I saw this man. I don't know who he was. Not even the slightest idea. Without consciousness, I held his hand.

He smiled. I smiled back. We walked hand-in-hand.

It was just a few yards. I looked at him. I asked. "Who are you?"

He smiled. Paused. He looked a little hesitate.

"Jim Dae-Hyung."

I was confused by his answer. He doesn't look like any typical Korean. Nonetheless, I grinned.

My turn was just around the corner. I asked again. "How do I get in touch with you?" Hoping that I can get his phone number to thank him. For whatever.

"I love you."

With that, we separated.

I was perplexed.

Posted at 09:06 pm by MiyUKibiNafshA
dare to kacau?  

Sunday, April 04, 2010
Aliya #2

Langit gelap tatkala Aliya bergerak meninggalkan rumah banglo 2 tingkat di Saujana Perdana. Langit seakan ikut sama menangisi pemergian Aliya ke Kampung Sungai Permata. Langit juga seakan tidak menyetujui keberangkatan Aliya.

Aliya memandang langit. Langit tidak seperti dulu. Langit di sini seolah-olah tersenyum kepada Aliya. Tersenyum dengan kehadiran Aliya di kampung nan permai ini.

Sudah enam bulan Aliya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Permata. Sejak dipindahkan ke kawasan kampung ini, Aliya merungut tak habis-habis. Manakan tidak, rakannya yang lain semua ditugaskan ke Bandar. Alih-alih, Aliya yang anak orang besar ini juga yang ditugaskan ke kawasan luar Bandar. Walhal, hulunya kawasan itu bukan seperti kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Jalan raya bertar dan bukan bertanah merah. Kedai runcit pun ada walau tak semewah kompleks membeli-belah di tempat Aliya. Aliya patut lebih bersyukur, kata Abah sewaktu Aliya dapat tahu tempat postingnya dahulu. Sekurang-kurangnya Aliya tak mati kebuluran.

Aliya masih di bilik guru. Ada lagi sejam sebelum kelasnya bermula. Lalu Aliya mengambil kesempatan untuk menyemak buku latihan pelajarnya.

“Eh Rosnah, anak Pak Ishak dah balik ya?” Tanya Jamilah tiba-tiba. Jamilah yang sebaya Aliya merupakan anak jati kampung ini. Seronoknya bukan main apabila dapat posting ke daerah sendiri.

Aliya yang mendengar nama Pak Ishak disebut terus angkat muka. Yalah, sejak dari subuh tadi dia tertanya-tanya ke mana ‘hilangnya’ imam tua itu. Aliya merenung Rosnah, guru senior setahun mereka. Menantikan jawapan daripada guru itu.

Rosnah menjawab perlahan, “A’ah. Baru balik semalam.”

“Siapa anak Pak Ishak tu? Dia baru balik dari mana?” celah Aliya.

Jamilah suka betul apabila kisah anak Pak Ishak dibuka. Kononya, anak Pak Ishak itu ‘cinta’ zaman permainannya yang dipertahankan. “Anak pak ishak tu namanya Mu’az. Dia baru balik dari Timur Tengah. Melanjutkan pelajaran di sana.” Terang Jamilah dengan muka yang bercahaya luar biasa.

“Oh, nanti jadi ustazlah ya?” Tanya Aliya bodoh-bodoh.

“Entahlah. Aku pun tak pasti.”

*

“Liya, rajin betul kau ke surau sejak dua menjak ni.” Tegur Fikriyah. Aliya menoleh ke arah Fikriyah. Siaran televisyen dibiarkan.

“Mana kau tahu?” Tanya Aliya pula.

Fikiyah memandang. “Ala.. aku tahulah.” Kata Fikriyah cuba berahsia.

“Salah ke pergi surau?” Tanya Aliya lagi.

“Tak salah pun..” ujar fikriyah. “Ke engkau ni sebenarnya dah terpikat dengan Mu’az?” serkap Fikriyah pula.

Aliya kerut dahi. “Mu’az? Kenapa pula dengan dia?”

“Yalah, diakan dah jadi imam di surau tu ganti Pak Ishak. Suara dia tu bukan main sedap lagi.” FIkriyah seolah-olah cuba memprovok Aliya dengan kemerduan suara Mu’az.

Aliya bagaikan tersedar dari lamunan apabila Fikriyah berkata begitu. “Dia jadi imam? Mu’az?”

Fikriyah mengangguk.


Posted at 11:14 pm by MiyUKibiNafshA
dare to kacau?  

Next Page